Bekas Tapak Sekolah Agama Rakyat
| |
 |
| |
| Jaringan jalan raya yang selesa |
|
egeri Sembilan sememangnya terkenal dengan adat perpatihnya. Walaupun kini adat itu tidak lagi dipraktikkan oleh sesetengah penduduk di Negeri Sembilan, namun keunikan adat ini terus menjadi bualan bagi mereka yang ingin mengetahui tentang Negeri Sembilan. Sikamat terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat. Perpustakaan Desa Masjid Kariah mudah dijumpai kerana ia terletak di dalam kawasan Masjid Kariah. Perpustakaan ini juga bersebelahan dengan Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) dan berhadapan dengan Sekolah Agama Rakyat Masjid Kariah.
Kawasan geografi yang berbukit-bukau sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian. Namun dengan arus kemodenan di kawasan-kawasan sekitar dan berhampiran dengan bandar Seremban, penduduk menjadikan pekerjaan di bandar sebagai sumber ekonomi. Hampir keseluruhan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri bagi memudahkan mereka ke bandar atau kawasan-kawasan sekitar.
Masyarakat Sikamat berhubung dengan penduduk sekitar melalui perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan. Antara kemudahan pengangkutan di kawasan Sikamat ialah bas, teksi dan kereta api. Selain itu, sistem telekomunikasi yang canggih membolehkan penduduk setempat berhubung melalui telefon dan Internet.
|