Perusahaan Berasas Soya

P

rogram Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan program yang menumpukan kepada perusahaan diusahakan oleh penduduk. Sikamat juga mempunyai produk mereka sendiri iaitu penghasilan kacang soya. Mie Soya Enterprise merupakan perusahaan anak jati Sikamat yang masih lagi mempergiatkan pengusahaan soyanya. Bermodalkan RM3,000, Zuhaymee, selaku pengusahanya mempelbagaikan jenis produk soya seperti air soya, tauhu basah, tauhu kering, tauhu lempong, tempe dan tau fu fa. Air soya dibekalkan ke sekolah-sekolah berasrama penuh di sekitar Negeri Sembilan manakala perusahaan tauhu dipasarkan ke pasar-pasar berhampiran. Zuhaymee mengupah empat orang pekerja yang juga penduduk Sikamat bagi membantu beliau menguruskan operasi perniagaannya.

"Setelah lapan tahun menjalankan perusahaan soya, kini Zulhaymee merupakan tenaga pengajar atau pembimbing kepada bakal-bakal peniaga baru dan usahawan IKS. "  
   

Zulhaymee mendapat bantuan peralatan daripada Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan khidmat nasihat serta bimbingan dari Jabatan Pertanian. Perniagaan yang pada mulanya hanya bermula di belakang rumah kini memiliki satu tapak sendiri untuk menghasilkan produk-produknya. Setelah lapan tahun menjalankan perusahaan soya, kini Zulhaymee merupakan tenaga pengajar atau pembimbing kepada bakal-bakal peniaga baru dan usahawan IKS.

Penduduk-penduduk di Sikamat juga melakukan perniagaan kecil-kecilan yang lain seperti perniagaan kedai runcit, perniagaan gerai makanan , minuman dan lain-lain. Golongan yang aktif dalam perniagaan kecil-kecilan itu kebanyakannya golongan pesara-pesara dan wanita-wanita yang berusia lewat 40-an. Mereka membuka gerai-gerai kecil menjual pisang goreng, laksa, rojak, apam balik dan lain-lain lagi kebanyakannya di pinggir-pinggir jalan.

 
 
Perusahaan kebanggaan Zuhaymee

Golongan belia juga tidak ketinggalan membuka gerai-gerai burger pada waktu malam dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk sekitar. Penduduk kampung juga menjadikan pasar malam sebagai tempat mereka berniaga. Pasar malam diadakan pada setiap hari Khamis bermula pada pukul 5.00 petang hingga 10.00 malam melibatkan lebih daripada 50 orang peniaga.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK