linik Desa Masjid Kariah terletak bersebelahan dengan Masjid Kariah di mana terdapat sebuah taman permainan yang ditempatkan di dalam kawasan klinik dan juga sudut bacaan bagi tujuan keceriaan. Klinik Desa Masjid Kariah kini tidak terhad untuk ibu-ibu mengandung dan bayi sahaja kerana ia turut memberi perkhidmatan terhadap rawatan penyakit kronik seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis. Manakala pada hari Isnin hingga Khamis perkhidmatan dikhaskan untuk rawatan ibu mengandung dan kanak-kanak.. Pendaftaran baru untuk ibu mengandung pula ditetapkan pada setiap Jumaat.
 |
|
| Ubat-ubatan di Klinik Desa Sikamat |
|
|
Purata, klinik ini dikunjungi antara 60 hingga 70 orang pesakit sehari. Walaupun keupayaan klinik ini adalah terhad, namun, dengan bantuan beberapa peralatan dan teknologi moden ia dapat membantu memberikan perkhdimatan yang memuaskan. Peralatan-peralatan tertentu seperti glukometer untuk memeriksa kandungan gula dalam darah dan Digital Monitoring untuk memeriksa tekanan darah pesakit terdapat di sini.
|