Membanteras Jenayah
alaupun pada dasarnya soal keselamatan menjadi tanggungjawab pihak polis namun penduduk kampung juga berganding bahu bagi memastikan keamanan setempat. Tanggungjawab ini dipikul oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menjadi tunggak kebajikan dan keselamatan penduduk. Kepadatan penduduk di Sikamat mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Md Yusop Harmain Shah menyarankan penubuhan Rukun Tetangga (RT) di setiap kawasan bagi menangani sebarang masalah..
Pihak polis tetap memainkan peranannya sebagai badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan di kawasan sentiasa terjamin. Pondok polis yang dibina berhampiran memudahkan kawasan itu dipantau. Selain mengawal jenayah, ia juga dapat membanteras aktiviti-aktiviti tidak bermoral di kalangan remaja dan belia.
|