Mengamalkan Cara Hidup Kampung

K

awasan-kawasan di sekitar Sikamat merupakan bekas-bekas lombong dan hutan tebal sebelum diteroka. Menurut sumber tempatan, tempat ini telah diteroka oleh komunis dan penjajah pada ketika itu. Penempatan-penempatan di situ telah terbentuk sebelum merdeka lagi dan sehingga kini sesetengah penduduk masih mengamalkan gaya hidup kampung. Namun begitu, arus kemodenan sedikit sebanyak telah mempengaruhi cara hidup dan penempatan mereka menjadi lebih teratur.

Kampung-kampung sekitar Sikamat ialah Kampung Manggis, Kampung Mayor, Batu Empat, Kampung Bukit Kubot dan Kampung Jerlang. Kampung-kampung ini adalah yang paling hampir dengan Sikamat. Jarak di antara kampung-kampung itu dengan Sikamat ialah kira-kira dua kilometer. Hubungan penduduk kampung sekitar dieratkan melalui aktiviti perniagaan, kemasyarakatan dan kesukanan.

Kebanyakan kawasan sekitar juga menjalankan aktiviti yang hampir sama sebagai punca pendapatan sama ada bekerja di sektor-sektor kerajaan atau swasta. Manakala sumber pendapatan sampingan penduduk diperolehi melalui aktiviti berniaga secara kecil-kecilan, melakukan aktiviti pertanian dan lain-lain lagi. Ada kalanya penduduk-penduduk kampung sekitar Sikamat menjalankan aktiviti keagamaan bersama-sama. Salah satu contohnya adalah perarakan Maulidur Rasul di Masjid Kariah. Aktiviti riadah yang sering dijalankan bersama penduduk sekitar Sikamat ialah pertandingan futsal. Walaupun hanya golongan belia yang menyertai aktiviti ini, ia sedikit sebanyak dapat mengeratkan perhubungan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK