JKKK Atur Agenda Pembangunan

D

i samping memantau setiap agenda pembangunan kampung, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) juga bertanggungjawab terhadap keselamatan kampung dan penduduknya. Oleh itu, penubuhan Biro Keselamatan berjaya mengurangkan gejala-gejala negatif dan pengaruh yang tidak sihat di kalangan penduduk kampung.

JKKK sememangnya merupakan tangan kanan kerajaan bagi memastikan pembangunan dan keselamatan kampung tercapai. JKKK di situ sering bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa Masjid Kariah melakukan aktiviti yang memberi manfaat kepada penduduknya. Aktiviti yang sering dijalankan saban tahun ialah gotong-royong membersihkan seluruh kampung dan sekitar surau. Aktiviti seumpama ini memberi pendedahan kepada belia agar mewujudkan sikap sayang terhadap kampung halaman dan menggalakkan mereka bergiat aktif dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK