Mencari Rezeki Di Bandar
eremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan dan merupakan lokasi utama penduduk Sikamat mencari rezeki. Mereka bekerja makan gaji di sektor kerajaan dan sektor swasta yang terdapat di situ. Faktor jarak yang dekat juga merupakan antara sebab penduduk di Sikamat menjadikan pekerjaan di kedua-dua sektor ini sebagai punca pendapatan utama. Pejabat-pejabat kerajaan yang terletak di bandar Seremban ialah Pejabat Jabatan Kerja Raya Elektrik, Jabatan Mineral Negeri dan Jabatan Pengangkutan Majlis Perbandaran Seremban.
| |
 |
| |
| Pembangunan yang kian pesat membantu Sikamat dalam memajukan sektor ekonomi |
|
Perniagaan secara kecil-kecilan di waktu petang merupakan antara aktiviti perniagaan yang mendapat tempat di kawasan Sikamat ini. Gerai-gerai pisang goreng, apam balik dan burger merupakan antara perniagaan yang terdapat di situ. Gerai-gerai yang dibuka di sebelah petang menjadi tumpuan penduduk untuk keluar dari rumah dan berinteraksi dengan penduduk lain. Terdapat juga peniaga-peniaga menjaja buah-buahan menggunakan lori di tepi jalan. Antara buah-buahan yang dijual ialah mangga, langsat, duku, durian dan lain-lain lagi.
|