Ikatan Silaturahim Yang Kukuh
elia merupakan pelapis dalam menerajui tampuk kepimpinan dalam masyarakat mahupun negara. Justeru, bagi merealisasikan impian tersebut, pelbagai aktiviti berbentuk kepimpinan dianjurkan untuk golongan belia Sikamat. Ahli Jawatankuasa Masjid Kariah telah merangka pelbagai program berbentuk ilmiah termasuklah aktiviti ceramah dan seminar bagi memantapkan nilai-nilai murni golongan belia ini. Di samping itu, AJK Masjid Kariah juga menyediakan beberapa kedai sebagai satu insentif bagi belia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Hubungan belia di situ dengan belia-belia di sekitar adalah baik. Mereka sering mengadakan perlawanan persahabatan dalam membentuk ikatan silaturahim yang lebih kukuh. Musim sekolah merupakan waktu yang paling sibuk bagi para belia di mana mereka banyak terlibat dalam aktiviti kesukanan seperti sukan futsal dan bola sepak. Aktiviti sukan ini sering dijalankan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan.
|