Kaum wanita gemar mengamalkan gaya hidup sihat

Gaya Hidup Sihat

K

aum wanita Daerah Maran tidak pernah menyertai pelbagai aktiviti dan program yang berbentuk kemasyarakatan, keagamaan dan kesukanan. Terdapat Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) yang sentiasa merancang dan menjalankan aktiviti menarik untuk ahlinya seperti pertandingan bola jaring, lawatan ke Singapura dan Indonesia dan macam-macam lagi.

 
Gimnasium dan alatan senaman disediakan untuk kemudahan mereka yang ingin bersukan
 

Pada waktu petang kebanyakan wanita di sini cenderung untuk beriadah dan menyihatkan tubuh badan melalui pelbagai aktiviti kesukanan seperti senamrobik, berjoging dan berlatih di gimnasium. Waktu inilah mereka akan sama-sama bercerita perihal kerja dan kehidupan masing-masing sambil beriadah dan bersenamrobik mengikut alunan muzik yang dimainkan.

 
 
Mengamalkan gaya hidup sihat amat penting dalam kehidupan

Wanita di sini juga gemar menghabiskan masa mengikuti kelas agama yang dianjurkan di masjid atau surau. Di samping itu wanita yang melibatkan diri dalam kumpulan marhaban, berzanji dan merewang untuk majlis-majlis rasmi dan majlis perkahwinan penduduk setempat. Tidak kira apa juga kumpulan wanita yang disertai, permuafakatan dan ikatan yang mesra di antara mereka sangat terserlah di kawasan ini.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK