Keindahan air terjun yang menyimpan pelbagai cerita

Di Sebalik Nama Maran

A

sal usul nama Maran tercetus daripada perkataan “Baran”dan Mengaran”. Terdahulu, di tepi Sungai Luit yang tidak jauh dari Bandar Maran wujud beberapa buah kampung sekitar tahun Masehi 1250. Antaranya Kampung Mergeh, Kampung Belada, Kampung Subuh, Kampung Kuala Luit, Kampung Gorak dan Kampung Merbau. Ia merupakan antara perkampungan terawal di sekitar kawasan Bandar Maran.

Penduduk di kampung tersebut selalu berulang alik ke kawasan Paya Baran berhampiran Sungai Luit untuk menangkap ikan. “Baran” di sini bermaksud hutan di kawasan yang mempunyai pelbagai jenis ikan seperti keli dan haruan. Kawasan tersebut kemudiannya menjadi pilihan penduduk setempat untuk bermalam dan ada juga yang terus berpindah ke kawasan tersebut.

Perkampungan baru ini masih belum mempunyai nama sendiri dan menurut orang kampung keadaan sedemikian dinamakan “mengaran”. Penduduk di kawasan tersebut kemudiannya sepakat menamakan penempatan baru itu sebagai Maran yang dipadankan perkataan “mengaran” dan “baran”. Maran daripada sebuah hutan yang diteroka kemudiannya berubah menjadi sebuah bandar yang membangun pada hari ini.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK