Penduduk yang sentiasa murah dengan senyuman

Muhibah Antara Kaum

P

ada tahun 2000 penduduk di Daerah Maran dianggarkan seramai 110,000 orang. Daripada jumlah itu majoriti penduduk ialah kaum Melayu diikuti kaum Cina, India, Orang Asli dan lain-lain.

Perhubungan di antara penduduk di sini adalah sangat erat walaupun berbagai kaum dan kepercayaan. Setiap kali musim perayaan, Bandar Maran meriah dengan sambutan perayaan dari kaum Melayu, Cina dan India yang menunjukkan wujudnya kesefahaman di antara kaum di situ.

Kebanyakan penduduk Maran tinggal di kawasan perumahan dan kampung-kampung yang banyak terdapat di sini. Bagi rumah-rumah kampung, ia merupakan warisan daripada nenek moyang. Taman-taman perumahan pula dibina bagi menampung penghijrahan penduduk selain taraf ekonomi dan kehidupan mereka yang meningkat. Tidak kira di mana juga mereka tinggal, pusat Bandar Maran tetap menjadi tumpuan pelbagai aktiviti dan program berbentuk kemasyarakatan, keagamaan dan kesukanan untuk semua peringkat umur.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK