Hasil kacukan baka terpilih

Nangka Madu Mastura

D
  "Pertubuhan Peladang Kecil (PPK) Kawasan Maran telah bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan syarikat swasta untuk menjalankan projek kacukan nangka madu."
   

i kalangan buah-buahan tropika, nangka atau nama saintifiknya Artocarpus Heterophyllus merupakan salah satu sumber tanaman yang berpotensi. Nangka berasal dari sekitar kawasan tenggara Asia terutama India,Filipina, Thailand dan Indonesia Indonesia.

Pertubuhan Peladang Kecil (PPK) Kawasan Maran telah bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan syarikat swasta untuk menjalankan projek kacukan nangka madu Mastura (CJ-USM 2000) sekitar tahun 2002. Projek seluas 10 hektar ini telah dirancang oleh pihak PPK kepada ahli yang terpilih.

 
Kebun nangka seluas 10 hektar
 

Projek ini yang juga bertujuan memberi pengetahuan kepada petani menerusi transfer of technology (TOT) mendapat kerjasama baik oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Peneroka FELDA juga dibawa untuk mempelajari teknik penanaman nangka madu melalui latihan asas seperti memangkas dahan, cara mengatasi serangan serangga dan juga ilmu asas tani.

 
Nangka madu mastura yang sudah masak memiliki saiz yang agak besar
 

Menurut Pengurus Besar PPK, Ismail Bakar, beliau berharap projek ini akan dapat dikembangkan lagi bukan sahaja di Maran tetapi di seluruh Malaysia. Melalui projek “Satu Daerah Satu Industri” beliau yakin tanaman nangka madu ini merupakan projek perintis terbaik setakat ini.

Jenis-jenis tanaman nangka madu yang telah diusahakan di sini ialah CJ3, CJ6 dan Mastura. Setiap jenis mempunyai rasa yang berbeza tetapi jenis Mastura mempunyai ulas yang manis dan kesan lepas rasa (aftertaste) yang enak. Terdapat juga perbezaan warna seperti merah keemasan dan kuning keemasan mengikut jenis nangka yang dihasilkan. Setiap buah nangka boleh dituai kira-kira 18 bulan selepas tanaman dan boleh menghasilkan sehingga 40-45 kilogram sebiji.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK