Perpustakaan sekolah menjadi pusat rujukan utama pelajar di sini

Ilmu Penggerak Minda

P

endidikan ilmu yang disediakan di sini adalah lengkap merangkumi sekolah rendah, menengah, agama, sekolah teknik dan institusi pengajian tinggi. Sekolah yang ada adalah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi pusat didikan ilmu untuk si kecil, terdapat beberapa tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), pusat tuisyen swasta dan pusat komputer di sekitar Maran. Di peringkat rancangan, pihak kerajaan telah merancang untuk membina Kolej Komuniti bagi kemudahan pelajar di sini.

Majoriti anak muda di kampung ini melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Kepentingan ilmu pendidikan amat dititikberatkan oleh ibu bapa masing-masing kerana ilmu merupakan penggerak minda masyarakat. Generasi muda ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan taraf hidup penduduk dan membantu memajukan kawasan setempat.

Program berbentuk kemasyarakatan di antara pelajar dan juga penduduk kampung telah memberikan reaksi positif pada semua penduduk. Program Anak Angkat dan Bakti Siswa saban tahun diadakan di desa terpilih dan kawasan sekitarnya. Melalui program seperti ini, pelajar dapat mempelajari corak hidup masyarakat selain meningkatkan komunikasi dan interaksi bersama masyarakat kampung. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari adat dan budaya masyarakat di sini di samping mengenali keluarga angkat masing-masing. Program ini akan sentiasa menjadi agenda dalam pembangunan pendidikan di kawasan Maran untuk kepentingan bersama.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK