Jus kordial nangka menjadi pilihan penggemarnya

Variasi Produk Nangka Madu

K
 
 
Produk-produk hasil nangka madu

onsep Satu Daerah Satu Industri diperkenalkan dengan tujuan memajukan perusahaan yang mempunyai sumber setempat mencukupi dan membantu menggerakkan ekonomi penduduk. Penglibatan penduduk di kawasan luar bandar melalui program ini diharapkan dapat membatu menjana Industri Desa. Daerah Maran telah mengenal pasti industri berasaskan makanan iaitu tanaman nangka madu sebagai produk tanaman untuk dikomersialkan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Produk seperti jus nangka, halwa dan jem nangka dijangka akan dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk di sini.

 
Zaiton Mohd Nor bersama produk hasil nangka madu
 

Projek ini mula dikeluarkan melalui Jun 2006 dengan penglibatan usahawan PELADANG yang terdiri daripada Kumpulan Peladang Nita (KPNITA). Pada peringkat awal, produk istimewa ini dihasilkan dengan khidmat nasihat pihak MARDI dengan kerjasama dari Peladang. Selain itu, peserta yang terpilih juga diberikan kursus dan latihan sebelum memulakan perusahaan berasaskan nangka madu ini.

Menurut pengusaha produk berasaskan nangka madu, Zaiton Mohd Nor, beliau sangat bersyukur dapat menyertai program ini kerana ia banyak membantu menambah pengalaman dalam bidang keusahawanan. Penggunaan teknologi dan mesin yang disediakan juga sedikit sebanyak membantu meringankan beban dan mempercepatkan proses pembuatan produk hasil nangka madu. Sehingga kini, beliau masih merancang untuk meluaskan produk yang dikeluarkan termasuk mempromosikannya sehingga ke seluruh pelosok negara.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK