Klinik Kesihatan Maran menjadi pilihan penduduk bagi mendapatkan rawatan

Rawatan Menyeluruh Untuk Semua

P

usat Kesihatan Maran merupakan tempat rujukan kesihatan bagi penduduk setempat dan kawasan sekitarnya. Klinik kesihatan yang besar ini menjadi pilihan penduduk di kawasan ini jika terdapat sebarang masalah kesihatan atau membuat pemeriksaan kesihatan. Terletak di tengah-tengah bandar, ia memudahkan setiap penduduk untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Perkhidmatan yang ditawarkan di pusat kesihatan ini ialah klinik ibu mengandung, pergigian, pesakit luar, rawatan pemeriksaan kesihatan, warga emas dan pengimejan dan diagnosis. Bagi pesakit yang menghidap penyakit berat, mereka perlulah membuat temu janji terlebih dahulu. Terdapat beberapa doktor dan kakitangan kesihatan yang peramah yang akan membantu apa jua masalah kesihatan anda.

Hospital terdekat untuk rawatan lanjut adalah di Temerloh atau Kuantan. Jarak untuk ke hospital tersebut adalah lebih kurang 30 hingga 45 minit sahaja dari kawasan Maran. Terdapat kemudahan ambulans jika terjadi sebarang kes-kes kecemasan di sini. Selain itu, klinik-klinik swasta yang terdapat di sini boleh dikunjungi jika memerlukan rawatan segera.

Dari sudut perubatan secara tradisional, bidan kampung yang popular di sini ialah makcik Tan Cik yang menawarkan khidmat urutan selepas bersalin dan semasa dalam pantang. Sebelum ini, beliau merupakan bidan kampung bertauliah namun disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan, beliau hanya menjadi tukang urut.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK