Aman dan Tenteram
oal keselamatan di kampung ini di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Terdapat sebuah balai polis dan balai bomba di Daerah Maran. Balai Polis Maran dan Balai Bomba Maran terletak di tengah kawasan pentadbiran Maran. Jika terdapat sebarang aduan atau masalah berkaitan, penduduk tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan pertolongan daripada luar kerana perkhidmatan keselamatan 24 jam disediakan oleh pihak berkenaan.
Terdapat juga Rukun Tetangga yang diwujudkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untuk kawasan perumahan di sini. Mereka bertanggungjawab membuat rondaan dan menyelia kawasan-kawasan perumahan hampir setiap malam. Selain itu, mereka juga mempunyai biro-biro tertentu dalam memastikan keselamatan penduduk di kawasan perumahan sentiasa terjaga.
Terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang membantu pihak polis menjaga keselamatan penduduk setempat. Pihak RELA yang aktif dalam membuat rondaan di sekitar kampung membuatkan soal keselamatan di kawasan ini berada dalam keadaan yang terkawal. Kerjasama daripada semua penduduk juga penting dalam mengurangkan kadar jenayah di kawasan ini. |