Kelengkapan Meliputi Semua Kawasan Maran
ari aspek kemudahan asas penduduk, hampir 90 peratus penduduk di Daerah Maran menikmati kemudahan bekalan air bersih, telekomunikasi dan bekalan elektrik kecuali di beberapa kawasan pendalaman yang merupakan penempatan orang asli. Namun begitu, pada tahun 2003 beberapa peruntukan telah diluluskan untuk Daerah Maran bagi menggantikan paip lama ABS dan menaiktaraf loji air, bekalan elektrik dan liputan talian komunikasi ke seluruh kawasan Maran.
| |
 |
| |
| Majlis Daerah Maran turut menyediakan pusat sukan untuk penduduk |
|
Selain dari kemudahan jalan raya yang meluas, penduduk juga boleh berhubung dengan kawasan pendalaman melalui jambatan yang dibina di kampung-kampung. Ada juga penduduk yang masih memilih untuk berhubung melalui khidmat bot atau sampan yang terletak di pinggir sungai. Kemudahan bas, teksi dan juga kenderaan sapu juga meliputi hampir ke seluruh kawasan Bandar Maran dan mereka tidak perlu gusar jika ingin ke kota. Sistem perhubungan dan pengangkutan yang efektif ini memudahkan penduduk untuk bergerak ke sana ke mari.
Kemudahan awam yang turut disediakan di sini ialah seperti balai polis, balai bomba, klinik kesihatan, sekolah, masjid, surau dan pejabat pentadbiran dan jabatan kerajaan. Deretan kedai runcit yang menawarkan khidmat keperluan seharian, perkhidmatan perbankan dan pejabat pos juga memudahkan penduduk membuat urusan dan membayar bil. Selain itu, terdapat juga kemudahan pondok menunggu bas, jejantas dan tandas awam di kawasan bandar ini. Pasar raya, pasar awam dan pasar malam serta pelbagai jenis kedai makan juga boleh membuatkan anda terleka sebentar untuk memilih. Pihak bertanggungjawab seperti Majlis Daerah Maran perlu memastikan dan memantau setiap kemudahan yang disediakan digunakan dengan baik oleh penduduk. |