Panorama alam sekitar di Daerah Maran

Bagai Isi dengan Kuku

T

erdapat pelbagai kampung tradisi dan perkampungan Melayu di dalam Daerah Maran. Antaranya Kampung Serengkam, Kampung Bak-Bak, Kampung Lubuk Paku dan Kampung Chenor. Namun begitu, terdapat juga penempatan orang asli di kawasan pendalaman yang dipercayai antara penduduk terawal di sini. Penambahan projek perumahan juga semakin rancak dilaksanakan di sekitar kawasan Bandar Maran untuk menampung pertambahan penduduk.

"Penambahan projek perumahan juga semakin rancak dilaksanakan di sekitar kawasan bandar Maran untuk menampung pertambahan penduduk."  
   

Bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung, kebanyakannya melakukan kerja-kerja kampung seperti menoreh, mengerjakan tanaman kelapa sawit dan menternak ikan dan lembu. Aktiviti kampung ini dilakukan sendiri atau di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda atau Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Negara (Felcra). Pasar tani dan pasar malam yang diadakan seminggu sekali juga merupakan landasan kepada penduduk memasarkan hasil tani atau produk kampung yang dihasilkan.

Ikatan penduduk di dalam daerah ini umpama isi dan kuku di mana setiap mereka akan saling bantu membantu dan memberi kerjasama jika terdapat sebarang aktiviti dan majlis-majlis yang dianjurkan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK