Hasil-hasil getah akan ditimbang sebelum dijual dan diproses

Pertanian Dan Perniagaan

S

umber pendapatan utama masyarakat di daerah ini diperoleh melalui sektor perkhidmatan awam, swasta dan juga secara persendirian. Terdapat segelintir belia yang memilih untuk bekerja di sektor perkhidmatan awam di pusat pentadbiran daerah Maran, manakala sebahagian lagi bekerja di andar Temerloh dan Kuantan. Terdapat juga segelintir penduduk yang memilih untuk berniaga secara runcit dan pasar malam sebagai sumber pendapatan utama. Mereka yakin memperolehi pendapatan yang lumayan dengan menjalankan aktiviti perniagaan seperti ini.

 
Ladang kelapa sawit yang diusahakan sendiri oleh penduduk
 

Sektor pertanian seperti tanaman getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan juga menjadi salah satu sumber pendapatan masyarakat di sini. Kebanyakan tanaman diusahakan oleh golongan tua yang telah sebati dengan pekerjaan tersebut sejak dahulu lagi. Ada juga yang mengusahakan ternakan ikan sangkar dan lembu bagi menambah duit poket mereka. Bagi penduduk yang ingin mendapatkan pendapatan tambahan, mereka memilih untuk berniaga makanan di tepi jalan seperti nasi lemak, kuih muih dan keropok.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK