Bandar Maran tidaklah sesibuk seperti Kuantan atau Ipoh. Tetapi pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Malah, banyak projek seperti ternakan ikan sangkar dan projek perintis tanaman nangka madu dijalankan dengan kerjasama penduduk. Ekonomi di kawasan Daerah Maran berkembang maju seiring dengan pembangunannya yang terancang.


Pertanian Sejarah

Sebuah projek dijalankan di antara sebuah universiti tempatan dengan penduduk setempat untuk mengkomersialkan buah nangka. Buah nangka, merupakan salah satu buah-buahan tropika yang enak dimakan. Kini, usaha mengkomersialkan buah nangka ke pasaran yang lebih luas di perhebatkan demi meningkatkan pendapatan petanai.

“Baran” membawa maksud hutan, pada masa dahulu kawasan hutan itu di percayai mempunyai sebuah tasik yang menempatkan beribu jenis ikan air tawar seperti ikan keli, haruan dan ikan paya. Penduduk yang gemar memancing menjadikan hasil itu sebagai santapan harian mereka, tetapi akhirnya membuat keputusan tinggal di kawasan itu.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK