Bersukan Untuk Kesihatan

S

eperti kebiasaannya, belia di sini sangat aktif bersukan, mengendalikan aktiviti kemasyarakatan dan juga terlibat dalam perniagaan. Pendedahan yang telah diberikan sejak kecil membuatkan belia di sini lebih cenderung untuk menghabiskan masa lapang mereka dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah. Mereka tidak gemar berpeleseran tanpa arah tujuan dan lebih suka melibatkan diri dengan program yang disediakan oleh Belia dan Sukan Daerah Maran serta Program Rakan Muda di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

"Antara sukan kegemaran belia di sini semestinya bola sepak, bola jaring, badminton, tenis, pingpong, senamrobik dan macam-macam lagi."  
   
 
 
Mengisi masa lapang dengan bermain ping pong

Antara sukan kegemaran belia di sini semestinya bola sepak, bola jaring, badminton, tenis, ping pong, senamrobik dan macam-macam lagi. Kemudahan prasarana yang lengkap seperti dewan, padang, gimnasium, gelanggang badminton dan tenis serta meja ping pong untuk berlatih memudahkan mereka untuk beriadah. Terdapat juga tenaga pengajar yang terlatih untuk mengajar aktiviti senamrobik dua hari seminggu.

Di samping itu, ada juga di kalangan belia yang lebih cenderung mengikuti kelas silat, pasukan kompang dan gendang Pahang. Bagi anak muda yang menyertai kelas silat di bawah bimbingan Pak Lang, mereka aktif berlatih dan membuat persembahan di majlis perkahwinan. Selepas itu, mereka akan sama-sama bergotong-royong membantu tuan rumah menjayakan majlis yang dianjurkan. Usaha murni anak muda ini menjadi contoh terbaik kepada semua masyarakat di sini.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK