KPW Meningkatkan Kemahiran Seni Kraf Tangan

D

i Pekan Mantin terdapat satu persatuan wanita yang diberi nama Kumpulan Pengembang Wanita (KPW). Persatuan ini diketuai oleh Hajah Rohani Latif dan berpusat di Balai Raya Taman Mantin. Antara kegiatan yang dijalankan ialah seni pembuatan kraf tangan. Oleh sebab terdapat segelintir kaum wanita yang berkebolehan menghasilkan beberapa jenis kraf tangan, maka latihan diberikan bagi meningkatkan lagi kemahiran seni mereka.

Satu-satunya gerai bunga terdapat di sini

Selain itu, ada juga golongan wanita yang berminat dalam menghasilkan makanan ringan seperti kerepek dan sebagainya. Melalui bantuan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), golongan wanita dapat mempelajari proses pembuatan makanan ringan melalui lawatan ke kilang-kilang makanan ringan di Selangor dan Johor Bharu.

Kelas-kelas keagamaan turut dijalankan di bawah Biro Agama dan Kebajikan, JKKK. Beberapa orang ustazah jemputan yang berpengalaman menjadi tenaga pengajar kepada kaum wanita di Pekan Mantin. Antara kursus dan kelas yang diadakan ialah kursus pengurusan jenazah, kelas tajwid dan juga kelas Fardu Ain.

"Oleh sebab terdapat segelintir kaum wanita yang berkebolehan menghasilkan beberapa jenis kraf tangan, maka latihan diberikan bagi meningkatkan lagi kemahiran seni mereka."

 
   
 
 
Penafian | Laman Web KTAK