Perpustakaan Awam Pekan Mantin

Tumpuan Pelajar Sekolah

S

etibanya anda di Perpustakaan Awam Pekan Mantin, anda akan disambut beberapa kuntum bunga balung ayam yang cantik menghiasi perkarangan perpustakaan awam ini. Kedudukan pusat sumber ini strategik, terletak di atas bukit dan jauh dari kesibukan kota. Dibuka pada tahun 2000, Perpustakaan Awam Pekan Mantin telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hon Choon Kim, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia merangkap ahli Parlimen Seremban.

Lokasinya yang berdekatan dengan beberapa buah sekolah menyebabkan pelajar-pelajar sekolah ramai tertumpu ke sini usai sesi persekolahan. Berhadapan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, perpustakaan awam ini turut menyediakan buku-buku rujukan di dalam bahasa Cina untuk kemudahan mereka.

"Perpustakaan Awam Pekan Mantin telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Hon Choon Kim, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia"  
   

Perpustakaan awam ini mempunyai dua tingkat. Di tingkat bawah, ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian rujukan dan juga bahagian kanak-kanak. Manakala di tingkat atas pula adalah bahagian untuk para belia dan orang dewasa membuat rujukan. Dua orang pegawai bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran operasi di perpustakaan ini. Dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 4.45 petang. Kebanyakan buku-buku yang terdapat di perpustakaan awam ini disumbangkan oleh Perpustakaan Negeri.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK