Sungai yang mengairi Pekan Mantin

“Many Tin”

M

enurut catatan sejarah, Pekan Mantin sebelum ini dikenali dengan nama Setul. Kawasan Setul mula diteroka pada tahun 1860-an oleh sekumpulan orang Melayu yang diketuai oleh Haji Mohd Khatab Aman. Kumpulan peneroka Melayu ini berasal dari Kampung Pantai Seremban. Tujuan kedatangan mereka ke Setul ialah untuk mengusahakan tanah yang terdapat di kawasan ini dengan pelbagai tanam-tanaman seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya.

Sehinggalah pada tahun 1880-an, bijih timah telah dijumpai di sekitar kawasan Setul. Pihak British telah memujuk penduduk asal kampung supaya berpindah ke kawasan lain dengan diberi pampasan berbentuk tanah dan wang tunai. Mereka kemudiannya telah dipindahkan ke Kampung Mantin oleh pihak British.

Ada juga penduduk yang mendakwa asal nama Mantin ialah ‘Many Tin’. Ia di ambil bersempena dengan kawasan Pekan Mantin yang kaya dengan bijih timah pada ketika itu. Penemuan bijih timah di kawasan ini turut menarik kedatangan imigran Cina untuk bekerja di lombong bijih timah. Imigran Cina sukar menyebut perkataan “Many Tin” dengan betul. Mereka lebih mudah menyebut perkataan “Man Tin”. Akhirnya sebutan yang acap kali kedengaran itu menjadikan nama Mantin kekal sehingga ke hari ini.

Kawasan ini dahulu merupakan kawasan bijih timah
" Pihak British telah memujuk penduduk asal kampung supaya berpindah ke kawasan lain dengan diberi pampasan berbentuk tanah dan wang tunai"  
   


 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK