Kemesraan Masyarakat Majmuk

P

enemuan bijih timah di kawasan Pekan Mantin telah menarik kedatangan ramai imigran dari negeri China berhijrah ke sini. Pada ketika itu, kebanyakan mereka tertumpu di kawasan Pekan Mantin dan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan di pekan ini.

Dianggarkan kira-kira 15,000 orang penduduk menetap di kawasan Pekan Mantin. Majoriti penduduk di pekan ini berbangsa Cina, manakala kaum kedua yang terbesar ialah orang Melayu. Terdapat juga kaum India yang menetap di kawasan-kawasan estet di dalam bahagian kampung.

Kebanyakan penduduk kampung membina rumah secara berderet di jalan-jalan kecil di sekitar kawasan kampung. Selain itu, terdapat juga penduduk kampung yang tinggal secara berkelompok di kawasan penempatan baru seperti di taman-taman perumahan dan secara bertaburan di seluruh kawasan sekitar kampung.

Walaupun terdiri daripada berbilang bangsa dan agama, tiada masalah yang timbul akibat perbezaan jurang budaya. Kemesraan yang terjalin antara penduduk berbilang bangsa ini boleh dilihat di mana-mana sahaja di Pekan Mantin ini.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK