Susu getah menggunakan cawan yang diikat pada pokok

‘Poghak’ Dimanfaatkan Walaupun Seinci Tanah

K

awasan lereng-lereng bukit yang cerun dan bertanah pamah boleh dilihat di sekitar kawasan Pekan Mantin. Maka, tidak hairanlah perladangan getah dan kelapa sawit dapat dijalankan di sini. Getah menjadi punca pendapatan utama penduduk orang asli di Kampung Belihoi, yang terletak kira-kira 10 minit berkereta dari Pekan Mantin.

 
 
Haji Azhar bersama hasil terungnya

Selain perladangan getah, ada segelintir penduduk kampung yang bercucuk tanam secara kecil-kecilan di kawasan rumah mereka. Kawasan kebun kecil berhampiran rumah atau mengikut loghat Negeri Sembilan “poghak” ini dimanfaatkan walaupun seinci tanah.

Haji Azhar Jamal yang juga merupakan bekas guru di Sekolah Rendah Mantin giat mengusahakan tanah pusaka miliknya dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Walaupun berusia hampir 70 tahun, kecergasan fizikal beliau tidak menunjukkan usianya yang sebenar. Beliau yang turut menternak ayam secara kecil-kecilan mendapat pulangan hasil kira-kira RM80 sebulan hasil daripada tanaman terung yang diusahakan. Kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam adalah untuk kegunaan sendiri dan selebihnya dijual di pasar atau kepada penduduk berhampiran.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK