Pendidikan Sempurna Membentuk Insan Madani
nstitusi pendidikan adalah penting dalam menjamin masa depan seseorang. Tahap pendidikan seseorang tidak seharusnya bergantung kepada keupayaan atau kestabilan ekonomi, ia lebih kepada sikap dahagakan ilmu pengetahuan.
Di Pekan Mantin, boleh dikatakan prasarana pendidikan yang disediakan cukup lengkap. Bermula dari pra sekolah sehinggalah ke institusi-institusi pengajian tinggi. Terdapat dua pusat pengajian tertinggi di sini iaitu Kolej Tuanku Jaafar (KTJ) dan Kolej Legenda. KTJ terletak kira-kira 15 minit dari Pekan Mantin. Ia dibuka secara rasminya pada tahun 1989 dan mula beroperasi pada tahun 1991. Ketika itu hanya seramai 150 orang pelajar sahaja menuntut di sini. Lokasinya yang dikelilingi bukit-bukau dan kehijauan hutan menjadikan pusat ini strategik bagi menimba ilmu pengetahuan.
Selain pusat pengajian tinggi, di Pekan Mantin juga terdapat sebuah sekolah menengah, iaitu Sekolah Menengah Mantin yang terletak di utara Seremban. Ditubuhkan pada 1 Januari 1965, ia terletak kira-kira 16 kilometer dari bandar Seremban. Sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil turut terdapat di Pekan Mantin. Antaranya Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua dan juga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kairol.
Bagi kanak-kanak pra persekolahan pula terdapat beberapa buah tadika di sini termasuk satu tadika untuk kanak-kanak orang asli yang terletak di Kampung Belihoi. Sebuah balai raya yang terdapat di kawasan perkampungan orang asli digunakan untuk tujuan pendidikan. Seramai 17 orang kanak-kanak orang asli belajar di sini.
|