Penambahbaikan Tempat Pelancongan
awasan Pekan Mantin yang kecil menyukarkan kegiatan pelancongan. Namun begitu, JKKK kini sedang berusaha untuk memohon peruntukan membaik pulih air terjun yang terdapat di kawasan perkampungan orang asli Kampung Belihoi. Kawasan air terjun ini dilihat berpotensi untuk dijadikan kawasan mandi-manda, merehatkan fikiran dan bercuti bersama keluarga. Di samping itu, air terjun ini juga bakal menarik kedatangan pengunjung ke sini sekali gus dapat memperkenalkan Pekan Mantin di mata masyarakat luar.
| |
 |
| |
| Air Terjun Kampung Belihoi |
|
Makam Datuk Kelana Sungai Ujung turut dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan. Ini untuk mengelakkan nilai sejarah menjadi semakin luput ditelan zaman. Selain itu, tujuan proses pemeliharaan dilakukan ialah supaya generasi muda akan datang dapat mengenali warisan sejarah yang terdapat di persekitaran kawasan mereka.
|