Masih Dikelilingi Kehijauan Hutan
ekan Mantin adalah sebuah pekan kecil yang terletak di dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Ia terletak kira-kira 15 kilometer di utara Seremban. Dari Kuala Lumpur, anda perlu melalui Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) dan melalui susur masuk ke Nilai. Sekiranya anda dari selatan pula anda perlu melalui jalan lama Seremban sehingga anda menjumpai sebuah pintu gerbang yang tertulis
| |
 |
| |
| Pintu gerbang mercu tanda Pekan Mantin |
|
“Selamat Datang ke Majlis Perbandaran Nilai”.
Jika anda dari Seremban, anda akan menyusuri satu pemandangan yang bakal menenangkan fikiran anda. Di kelilingi bukit-bukau, kawasan ini masih kaya dengan khazanah hutan. Malah terdapat sebuah tapak semaian di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan di kawasan Mantin ini. Tapak semaian ini berfungsi untuk menyediakan anak pokok bagi tujuan perhutanan semula, perhutanan bandar dan juga hutan perkampungan. Maka tidak hairanlah sekiranya kawasan ini masih dikelilingi kehijauan hutan yang mempesonakan para pengunjung yang melalui Mantin untuk ke Seremban, Nilai dan kawasan-kawasan berhampiran.
“Pekan Mantin kaya dengan khazanah hutan”
Perpustakaan Awam Pekan Mantin terletak berdekatan dengan beberapa sekolah antaranya ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua. Maka tidak hairanlah pengunjung perpustakaan awam ini rata-rata pelajar sekolah. Kebanyakan mereka menggunakan perkhidmatan buku rujukan dan melayari Internet. Perpustakaan ini turut menyediakan buku-buku rujukan dalam bahasa Cina.
Di Mantin juga terdapat sebuah Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), iaitu PLKN Kem Seri Perkasa. Ia didirikan di kawasan bekas lombong bijih timah yang pernah menjadi tarikan orang luar datang ke Mantin. Lombong bijih timah ini turut menarik kedatangan orang British untuk memajukan kawasan ini suatu ketika dahulu.
|