Pekan Mantin

Perniagaan Kecilan Menambah Pendapatan

K

edudukan Pekan Mantin yang terletak berhampiran dengan bandar Seremban dan Nilai membuatkan penduduk kampung lebih tertumpu kepada dua kawasan bandar tersebut. Ini adalah kerana kemudahan untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan dan kehendak lebih lengkap di kawasan ini. Sungguhpun begitu, masih terdapat aktiviti-aktiviti ekonomi dijalankan di Pekan Mantin.

 
 
Baja ini untuk dijual-Haji Ibrahim

Pelbagai jenis bidang perniagaan boleh dilihat di kawasan Pekan Mantin. Lot-lot kedai kebanyakannya tertumpu di pinggir-pinggir jalan utama di pekan ini. Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk di sini ialah peruncitan, perniagaan kedai dobi, bengkel membaiki motor dan sebagainya. Ada juga penduduk kampung seperti Haji Ibrahim Yaacob yang menjual baja dan racun serangga perosak untuk kegunaan petani dan pekebun kecil di sekitar kawasan Pekan Mantin.

Golongan wanita turut tidak terkecuali melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Ada yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di tepi jalan seperti menjual pisang goreng , keropok lekor dan pelbagai jenis minuman. Ada juga yang menjual bunga-bungaan hasil semaian sendiri dan juga penduduk kampung. Masa lapang yang diisi dengan aktiviti perniagaan sekali gus dapat menambah pendapatan keluarga.

 
 
Menjual kuih sebagai pendapatan sampingan
 
 
Satu-satunya penjual bunga di sini
 
 
Penafian | Laman Web KTAK