Kesihatan Penduduk Tanggungjawab Utama
oal kesihatan penduduk sudah semestinya perlu dititikberatkan. Masyarakat yang sihat berupaya meneruskan agenda pembangunan dan kestabilan negara. Kemudahan kesihatan yang disediakan di Pekan Mantin sempurna dan memenuhi keperluan penduduk di kawasan itu.
Klinik kerajaan utama di Pekan Mantin terletak berhampiran dengan Perpustakaan Awam Pekan Mantin. Klinik Kesihatan Mantin dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebuah kompleks perumahan untuk kakitangan klinik turut dibina bagi memudahkan kakitangan berulang-alik ke tempat kerja. Selain itu, sebuah klinik desa turut dibina bagi memudahkan ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan. Terletak di Mantin Dalam, anda perlu menggunakan kenderaan sendiri untuk ke sini.
Selain klinik kerajaan dan klinik desa, sebuah klinik swasta turut terdapat di pekan ini. Klinik Nur Fatimah beroperasi 24 jam dan menyediakan rawatan kepada pesakit-pesakit luar. Terletak di pinggir jalan utama Pekan Mantin, ia mudah untuk ditemui
|