Balai Bomba Mantin

Masyarakat Orang Asli Turut Berganding Bahu

W

alaupun pada dasarnya soal keselamatan menjadi tanggungjawab pihak polis namun penduduk kampung turut berganding bahu bagi memastikan keamanan kampung terjaga. Tanggungjawab ini juga dipikul oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menjadi tonggak penduduk. Selain JKKK, terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang membantu pihak berkuasa menangani masalah keselamatan kampung.

RELA Kampung Belihoi yang berpusat di sebelah Balai Raya Kampung Belihoi sering ‘turun padang’ bersama pihak polis sekiranya terdapat sebarang operasi kecemasan di sekitar kawasan kampung. RELA dianggotai oleh para penduduk kampung yang berumur 16 tahun ke atas. Anggota RELA bertugas secara sukarela dan selalunya mengikut giliran. Menurut Jengkeh yang juga salah seorang penduduk orang asli Kampung Belihoi, masyarakat orang asli juga tidak terkecuali menjadi anggota sukarela pertubuhan keselamatan ini. Beliau yang berusia hampir 50 tahun mementingkan soal keselamatan penduduk Kampung Belihoi yang rata-rata darah dagingnya sendiri.

Selain RELA, terdapat juga Rukun Tetangga yang menjaga soal keselamatan penduduk terutamanya di kawasan taman-taman perumahan. Di Mantin, sebuah Rukun Tetangga ditubuhkan di Taman Andalas. Balai Polis yang terdapat di Pekan Mantin terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Mantin. Sebuah Balai Bomba dan Penyelamat Mantin turut dibina di pekan ini untuk operasi memadam kebakaran, menyelamat dan sebagainya.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK