Kemudahan Perhubungan
elain kemudahan asas yang sempurna di Pekan Mantin, pekan ini turut dilengkapi dengan kemudahan perhubungan seperti jalan berturap di jalan-jalan utama dan jalan-jalan kecil di sekeliling kawasan kampung. Malahan jalan kecil yang menghala ke kawasan perkampungan orang asli turut diturap bagi kemudahan penduduk peribumi ini.
| |
 |
| |
| Kemudahan pengangkutan bas di Pekan Mantin |
|
Sebuah stesen komuter berhampiran turut memudahkan penduduk menuju ke destinasi yang diingini, iaitu, Perhentian Komuter Batang Benar. Tren komuter ini memberikan perkhidmatan bagi penduduk di Pekan Mantin serta kawasan berhampiran. Kemudahan tempat parkir yang disediakan memudahkan pengguna komuter meletakkan kenderaan mereka.
Selain itu, kewujudan masyarakat majmuk di sini boleh dilihat dengan terbinanya rumah beribadat yang lengkap di pekan ini. Terdapat sebuah masjid dan beberapa buah surau untuk kemudahan orang Islam beribadat manakala gereja, kuil dan tokong untuk kemudahan penganut agama lain.
Tiga buah bank utama juga terdapat di kawasan pekan ini untuk kemudahan penduduk melakukan urusan perbankan. Selain itu terdapat sebuah pejabat pos, pasar awam, beberapa buah balai raya dan juga dewan orang ramai untuk kegunaan penduduk. Barang keperluan seperti makanan boleh didapati dengan mudah di sini. Beberapa buah restoran dan gerai-gerai makanan dibina untuk penduduk beragama Islam dan juga bangsa-bangsa lain.
| |
 |
| |
| Masyarakat setempat membeli barang keperluan
dapur di Pasar Awam Mantin |
|
|