Kampung Mantin

Dikelilingi Kampung Tradisi Dan Taman Perumahan Moden

T

erdapat beberapa buah kampung yang berada di sekitar Pekan Mantin. Antaranya ialah Kampung Batu 8, Kampung Batu 9, Kampung Batu 10 dan Kampung Batu 11. Kampung Batu 8 kebanyakannya dihuni oleh orang Melayu. Selain itu, pekan Mantin turut berhampiran dengan Kampung Abdullah dan Kampung Baru Mantin. Kampung-kampung ini dihubungkan melalui jalan-jalan darat yang berturap. Terdapat juga sebuah perkampungan orang asli di kawasan Pekan Mantin, iaitu di Kampung Orang asli Belihoi.

Selain kampung-kampung tradisi, terdapat juga taman-taman perumahan di kawasan pekan ini. Taman Asoka dan Taman Andalas didirikan secara berkelompok di beberapa kawasan Pekan Mantin. Rata-rata penghuni taman-taman perumahan ini adalah penduduk asal Pekan Mantin. Namun begitu, terdapat juga penduduk yang datang dari luar Pekan Mantin menghuni di taman perumahan ini. Kebanyakan mereka bekerja di bandar Seremban.

Aktiviti seperti gotong-royong membersihkan kawasan kampung, majlis-majlis keramaian dan kenduri-kendara mengeratkan lagi hubungan yang terjalin di antara penduduk.

 
 
Kampung tradisi di Mantin
  "Kampung-kampung ini dihubungkan melalui jalan-jalan darat yang berturap"
   

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK