JKKK Membina Pusat Latihan Orang Kurang Upaya

J

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan untuk memastikan pembangunan kampung terancang dan terjamin. Selain itu ia turut bertujuan memantau projek yang dijalankan di bawah Majlis Perbandaran Nilai. JKKK ditubuhkan antara lain sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan perpaduan antara kaum atau sesama penduduk. Melalui JKKK, pelbagai maklumat serta dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. Kadangkala ia disampaikan melalui program-program khusus seperti Program Anak Angkat, Program Sukan Komuniti dan sebagainya. JKKK turut berperanan mengatur projek-projek kecil yang memberikan faedah kepada masyarakat kampung seperti membaik pulih sistem perparitan, gotong-royong dan lain-lain.

Di Pekan Mantin antara projek-projek yang telah dan sedang dijalankan ialah projek membaik pulih sistem saliran, memelihara dan memulihara Makam Datuk Kelana Sungai Ujong dan juga air terjun Kampung Belihoi. Projek-projek sebegini diharap dapat meningkatkan keselesaan penduduk dan mengekalkan kawasan Pekan Mantin agar selesa didiami.

 
 
Pelatih OKU di pusat latihan PDK

Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama JKKK telah membina sebuah pusat latihan untuk orang-orang kurang upaya di kawasan Pekan Mantin. Pusat latihan ini mengajar perkara-perkara asas seperti cara memberus gigi, memakai baju dan sebagainya. Sesi fisioterapi turut diadakan bagi pelatih yang tidak mampu menggerakkan anggota-anggota badan. Mempunyai seramai tujuh orang tenaga pengajar, pusat latihan untuk orang kurang upaya ini melatih kira-kira 17 orang kurang upaya di dalam lingkungan umur seawal usia lima tahun sehingga 32 tahun.

Dipengerusikan oleh Haji Ibrahim Yaacob, JKKK berusaha dalam memenuhi keperluan dan memahami masalah penduduk-penduduk sekitar. Jawatankuasa ini sentiasa sensitif dan mengambil berat kepada semua masalah yang diajukan penduduk dan berusaha sedaya upaya mengatasinya.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK