Pekan Mantin

Harga Getah Yang Melambung Tinggi Menguntungkan

S

ecara amnya, penduduk di Pekan Mantin bekerja di dalam sektor kerajaan, swasta dan juga bekerja sendiri. Kebanyakan yang bekerja di sektor kerajaan lebih tertumpu di bandar Seremban. Mereka hanya menetap di Pekan Mantin dan akan berulang-alik ke bandar Seremban sejauh kira-kira 15 kilometer sahaja. Terdapat juga segelintir penduduk yang bekerja dengan sektor swasta dan bekerja sendiri. Kebanyakan kedai-kedai di sepanjang jalan utama pekan ini milik penduduk tempatan.

 
 
Bangunan lama masih menghiasi Pekan Mantin

 

 
 
Tanaman getah menjadi sumber pendapatan utama penduduk Kampung Belihoi

Manakala, pekerjaan utama penduduk di perkampungan orang asli Kampung Belihoi ialah menoreh getah. Hampir semua penduduk asli di sini menjalankan kegiatan menoreh getah sebagai sumber pendapatan utama. Harga getah yang melambung ketika ini memberi peluang kepada penduduk di sini menambah pendapatan mereka

"Kebanyakan yang bekerja di sektor kerajaan lebih tertumpu di bandar Seremban. Mereka hanya menetap di Pekan Mantin dan akan berulang alik ke bandar Seremban yang sejauh kira-kira 15 kilometer sahaja"  
   
 
 
Penafian | Laman Web KTAK