Tiga ‘R’ Menyatukan Belia
elia merupakan generasi yang bakal menentukan masa depan sesebuah negara. Golongan belia di Pekan Mantin juga tidak terkecuali dalam mempersiapkan diri meneruskan agenda negara. Para belia di Pekan Mantin terlibat dalam beberapa persatuan seperti Rakan Sukan, Rakan Kembara, Rakan Masjid dan juga Pasukan Kompang.
“Rakan Muda, Rakan Kembara dan Rakan Masjid antara persatuan yang aktif menggerakkan belia Pekan Mantin”
Antara kegiatan yang dianjurkan oleh Rakan Sukan ialah pertandingan bola sepak dan badminton antara kampung-kampung sekitar. Pertandingan ini sekali gus mengeratkan silaturahim antara penduduk-penduduk di kawasan sekitar. Rakan Masjid pula bertujuan memantapkan lagi kefahaman agama Islam para belia di pekan kecil ini.
Terdapat juga beberapa bengkel dan kursus yang dianjurkan untuk para belia memahirkan diri dalam bidang-bidang tertentu. Antara bengkel yang pernah dianjurkan ialah bengkel keusahawanan. Bengkel ini memberi panduan asas kepada para belia yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan.
Ada juga segelintir golongan belia yang melibatkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan seperti membuka bengkel motosikal, kedai dobi dan sebagainya. Selain mengisi masa yang terluang, aktiviti ini turut menyumbang kepada ekonomi para belia di sini.
|