Program Keahlian Perpustakaan
erpustakaan sememangnya menjadi tumpuan pelajar untuk mencari sesuatu maklumat. Selain memberi perkhidmatan pinjaman buku, Perpustakaan Desa juga merupakan salah satu medium bagi pelajar-pelajar dari kawasan-kawasan sekitar untuk datang ke sini menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Perpustakaan Desa Lembah Jaya turut menyediakan kemudahan komputer bagi penduduk setempat melayari internet.
Perpustakaan Desa Lembah Jaya mula beroperasi pada tahun 2001. Perpustakaan ini berada di bawah pentadbiran Perpustakaan Awam Selangor. Penyelarasnya ialah Norzailina Abdul Khalid yang ditugaskan di perpustakaan ini sejak ia mula dibuka. Waktu operasi perpustakaan itu adalah sama seperti kebanyakan perpustakaan lain yang bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang bagi hari Isnin hingga Jumaat. Pada hari Sabtu pula perpustakaan ini beroperasi pada 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Perpustakaan Desa Lembah Jaya ditutup pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan ketiga.
 |
Perpustakaan Desa Lembah Jaya banyak memberi kemudahan rujukan kepada pelajar-pelajar |
|
Bagi memberi perkhidmatan kepada orang ramai, Perpustakaan Desa Lembah Ampang menganjurkan aktiviti melibatkan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah dengan mengadakan Program Keahlian. Program yang dijalankan sedikit sebanyak dapat menggalakkan penduduk-penduduk tempatan menjadi ahli Perpustakaan Desa Lembah Jaya. Menerusi program yang dijalankan, lebih ramai penduduk Lembah Jaya berkunjung ke perpustakaan tersebut bagi menikmati kemudahan yang disediakan.
|