Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Lembah Jaya Ampang,
Masjid Kampung Lembah Jaya,
Kampung Lembah Jaya,
68000 Ampang,
Kuala Lumpur.
   
   

Dibuka Oleh Lembaga Pembangunan Luar Bandar (RIDA)

L

embah Jaya yang dahulunya merupakan lokasi untuk melombong bijih timah dibuka oleh Lembaga Pembangunan Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1960-an bagi menempatkan penduduk-penduduk terdiri daripada kaum Melayu sekitar Keramat ke penempatan baru. Lembah Jaya adalah antara kampung paling awal dibina di Ampang dan Allahyarham Dato’ Harun Idris, salah seorang tokoh tempatan telah menyediakan rancangan penempatan baru bagi perkampungan orang Melayu di Lembah Keramat.

Pelajar-pelajar Lembah Jaya tidak ketinggalan dalam mengikut arus pembangunan

Ekoran tempias kemodenan di bandar berhampiran beransur-ansur mengubah keadaan kawasan penempatan ini. Kawasan perindustrian kuari dibuka dan menyaksikan warga-warga asing menjadi pekerja di sektor pembinaan. Kawasan Lembah Jaya juga semakin meluas sehingga wujudnya taman-taman kecil dan kampung-kampung bagi memudahkan pentadbiran. Sehingga kini, kira-kira sembilan buah kawasan kecil telah dijadikan taman dan kawasan kampung.

Arus pemodenan dan jarak yang hampir dengan ibu kota menyebabkan ramai orang dari luar mula memilih untuk tinggal di Lembah Jaya. Kawasan rumah teres dan rumah pangsa didirikan untuk memenuhi permintaan tinggi di kalangan penduduk yang mahu menduduki kawasan Lembah Jaya.

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK