Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Lembah Jaya Ampang,
Masjid Kampung Lembah Jaya,
Kampung Lembah Jaya,
68000 Ampang,
Kuala Lumpur.

   
   

Berusia Hampir 70 tahun

M
"...kawasan penempatan tradisional itu telah mula bertukar wajah dengan wujudnya taman-taman perumahan, rumah pangsa dan juga rumah teres. Orang-orang kampung juga turut mengubah suai kediaman mereka daripada struktur kayu kepada struktur batu. "  

 

engikut anggaran pada tahun 2006, penduduk di Lembah Jaya kira-kira 20,000 orang. Majoritinya adalah kaum Melayu yang merupakan penduduk asal Lembah Jaya di samping kaum minoriti Cina, kaum India dan juga Melayu Indonesia. Jenis penempatan di Lembah Jaya ialah secara bertaburan dan berpusat. Mereka memiliki tanah lot masing-masing yang diberi kerajaan sewaktu mula-mula menduduki kawasan tersebut. Namun setelah hampir berusia 70 tahun, kawasan penempatan tradisional itu telah mula bertukar wajah dengan wujudnya taman-taman perumahan, rumah pangsa dan juga rumah teres. Orang-orang kampung juga turut mengubah suai kediaman mereka daripada struktur kayu kepada struktur batu.

Hampir kesemua penduduk di Lembah Jaya bekerja di sektor awam dan swasta serta mempunyai taraf hidup yang sederhana. Walaupun penduduk di situ berlainan bangsa namun mereka masih mengamalkan cara hidup tradisional. Mereka saling bertegur sapa dan bergaul mesra sesama jiran tetangga selain saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Tidak hairanlah ini membuatkan orang luar senang ketika berada di perkampungan Lembah Jaya.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK