Kerjasama JKKK Dan Sekolah Terjalin Erat
eras pendidikan bermula sejak kecil lagi dan sekolah merupakan antara kemudahan yang terpenting dalam sesebuah komuniti kampung mahupun taman. Selain memberi ilmu pengetahuan, sekolah berperanan mengatur disiplin pelajar-pelajar supaya lebih bermoral apabila berada di luar sekolah. Sekolah rendah yang terdapat di Lembah Jaya ialah Sekolah Rendah Lembah Jaya dan Sekolah Rendah Agama Lembah Jaya.
Bagi pendidikan peringkat menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan beberapa buah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Permai. Anggaran pelajar bagi setiap sekolah ini kira-kira 900 hingga 1,000 pelajar. Hampir 20 peratus daripada pelajar di sini berjaya memasuki institusi–institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
"...aktiviti yang dijalankan ialah kursus motivasi, aktiviti sukan seperti futsal, ping pong, badminton dan beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong. Aktiviti sebegini memberi faedah yang dapat menjauhkan pelajar-pelajar daripada melakukan perkara-perkara tidak berfaedah." |
|
| |
|
 |
| Pelajar-pelajar gigih menuntut ilmu |
|
JKKK bersama-sama dengan pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar-pelajar di situ. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kursus motivasi, aktiviti sukan seperti futsal, ping pong, badminton dan beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong. Aktiviti sebegini memberi faedah yang dapat menjauhkan pelajar-pelajar daripada melakukan perkara-perkara tidak berfaedah. Ada kalanya JKKK akan dijemput untuk merasmikan beberapa majlis rasmi anjuran pihak sekolah seperti 'Hari Cemerlang Pelajar'. Terjalinnya ikatan antara sekolah-sekolah dengan JKKK ini membuka peluang kepada pengurusan pelajar untuk mengadakan lebih banyak aktiviti bersama-sama dengan JKKK pada masa akan datang.
Di samping kelas-kelas formal yang terdapat di Lembah Jaya dan kawasan sekitarnya, pelajar-pelajar juga mencari inisiatif sendiri untuk memantapkan ilmu pengetahuan dengan menyertai kelas-kelas tambahan yang disediakan pihak swasta. Pusat Tuisyen Cahaya dan beberapa pusat tuisyen di Ampang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar sekitar kawasan Lembah Jaya.
|