Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Lembah Jaya Ampang,
Masjid Kampung Lembah Jaya,
Kampung Lembah Jaya,
68000 Ampang,
Kuala Lumpur.

   
 

Kedamaian Alam Yang Belum Terusik

P

enemuan Taman Rimba Ampang atau lebih dikenali sebagai Bukit Belacan menjadi satu titik tolak mengapa kawasan bekas lombong bijih timah ini muncul sebagai salah satu kawasan yang agak membangun dari segi penempatannya. Taman Rimba yang dirasmikan pada 28 Ogos 1998 oleh bekas Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Dato’ Dr Haji Abu Hassan Bin Haji Omar ini terkenal dengan air terjunnya yang sejuk selain tempat perkelahan di mana masih belum dicemari.

"... menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tandas, taman permainan, pondok-pondok rehat, surau, gerai-gerai makan dan lain-lain Penduduk tempatan membuka gerai-gerai makan di taman rekreasi ini sebagai salah satu punca pendapatan sampingan mereka."

 
 
Tenang dan mendamaikan jiwa

Bayaran yang dikenakan agak murah di mana setiap seorang dikenakan RM1sahaja dan kereta pula dikenakan bayaran sebanyak RM2. Taman Rimba Ampang yang kini memiliki pintu gerbang, diselenggarakan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan agensi-agensi lain yang terbabit. Jalinan usaha sama ini menunjukkan bahawa Taman Rimba Ampang merupakan tempat yang berpotensi untuk dibangunkan lagi.

Kawasan yang menerima kunjungan pelancong bukan sahaja dari dalam tetapi juga dari luar negeri ini menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tandas, taman permainan, pondok-pondok rehat, surau, gerai-gerai makan dan lain-lain. Penduduk tempatan membuka gerai-gerai makan di taman rekreasi ini sebagai salah satu punca pendapatan sampingan mereka.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK