Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Lembah Jaya Ampang,
Masjid Kampung Lembah Jaya,
Kampung Lembah Jaya,
68000 Ampang,
Kuala Lumpur.

   
   

Berlatarkan Hutan Malar Hijau

T

"...setelah lebih 60 tahun penempatan itu diteroka, banyak perubahan yang dapat disaksikan sama ada di kawasan Lembah Jaya mahupun kawasan sekitarnya."

 
   

aman Rimba Ampang merupakan salah satu daya tarikan yang terdapat di Ampang, Selangor. Perpustakaan Desa Lembah Jaya juga terletak tidak jauh dari lokasi tersebut iaitu kira-kira 10 kilometer dari sempadan Wilayah Persekutuan. Jika anda dari Menara Berkembar Petronas (KLCC), anda hanya perlu mengikut arah papan tanda ke Ampang, sehingga hampir ke kawasan kuari di sebelah kiri. Ia merupakan petunjuk yang paling mudah untuk sampai ke Lembah Jaya. Jika anda dari Taman Melawati atau kawasan sekitarnya, anda hanya perlu melalui Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2) hingga ke Ampang.

Lembah Jaya terletak di Mukim Ampang 1 di Daerah Hulu Langat, Selangor. Dahulu, Lembah Jaya dikelilingi Hutan Simpan Ampang, jauh daripada kepesatan kota serta pencemaran. Tetapi kini setelah lebih 60 tahun penempatan itu diteroka, banyak perubahan yang dapat disaksikan sama ada di kawasan Lembah Jaya mahupun kawasan sekitarnya. Jalan raya di sini sering dibaik pulih kerana terdapat lori-lori berat yang melalui jalan tersebut untuk ke kawasan kuari.

Keadaan geografi di situ adalah berbukit-bukau. Justeru, anda akan dapat melihat kawasan Lembah Jaya berlatarkan hutan hujan malar hijau. Anda pasti akan berasa tenang jika dapat menghirup udara pagi di Lembah Jaya. Penempatan itu yang pada awalnya diteroka oleh kaum Melayu kini semakin meluas sejajar dengan pertambahan jumlah penduduk.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK