Deretan Kedai Peniaga
eusahawanan boleh dianggap sebagai sektor kecil yang memacu ekonomi di kawasan Lembah Jaya. Deretan 50 buah kedai disediakan merupakan salah satu usaha bagi memupuk minat penduduk yang ingin menceburi bidang perniagaan. Di samping menarik minat golongan belia agar menceburi bidang ini, kaum wanita juga diharapkan turut merebut peluang yang ada.
| |
 |
| |
| Bangunan IKS di Lembah Jaya yang disediakan untuk usahawan tempatan |
|
Kaum Cina dilihat lebih berminat untuk menceburi bidang ini di mana terdapat sebuah bengkel kereta dan bengkel besi telah memulakan perniagaan mereka sejak beberapa tahun lepas serta menerima sambutan yang amat menggalakkan. Beberapa perniagaan lain turut menggunakan kemudahan yang diberi seperti kedai runcit, kedai servis kereta dan kedai kek. Kebanyakan perniagaan ini dilakukan oleh golongan dewasa menggunakan modal sendiri.
|