Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Lembah Jaya Ampang,
Masjid Kampung Lembah Jaya,
Kampung Lembah Jaya,
68000 Ampang,
Kuala Lumpur.

   
   

Keselamatan Tanggungjawab Bersama

S

oal keselamatan merangkumi tanggungjawab semua pihak walaupun wujudnya badan keselamatan awam seperti polis dan tentera. Melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Penduduk (JKKK), penduduk berganding bahu dan bersama-sama memastikan keselamatan kampung mereka terpelihara. Jika terdapat apa-apa masalah berkaitan keselamatan, penduduk akan berhubung dengan balai polis terdekat yang terletak kira-kira lima kilometer iaitu Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya (IPD). Pihak polis turut melakukan rondaan di kawasan ini bagi memastikan perkara-perkara tidak diingini berlaku.

Balai Bomba yang disediakan bagi kemudahan dan keselamatan penduduk ketika kecemasan

Di samping itu, Ikatan Relawan Rakyat (RELA) kampung sekitar ada juga membuat rondaan bagi memastikan keadaan terkawal. Usaha RELA ini menunjukkan sikap keprihatinan yang sememangnya merupakan sikap murni dan sepatutnya menjadi pegangan bagi penduduk Lembah Jaya serta kawasan-kawasan sekitar.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK