Ikatan Kejiranan Yang Utuh
"Penduduk-penduduk Ampang agak bertuah kerana mempunyai beberapa buah pusat urus niaga yang berhampiran seperti pusat perbankan, pusat membeli belah dan sebagainya bagi memudahkan urusan seharian." |
|
| |
|
ampung-kampung sekitar yang terbentuk di awal penerokaan kawasan Lembah Jaya merupakan perkampungan tradisional. Walau bagaimanapun, kampung-kampung tersebut tidak terlepas daripada pembangunan. Ini kerana terdapatnya taman-taman kecil yang dibangunkan di kawasan Lembah Jaya. Taman-taman kecil ini merupakan kawasan penempatan baru yang dibangunkan bagi mengimbangi kepadatan penduduk di sesuatu tempat.
Bagi setiap kampung atau taman, seorang pengerusi dilantik bagi memantau aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di kawasan tersebut. Terdapat kira-kira sembilan buah kampung di sini iaitu Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan, Lembah Jaya Timur, Kampung Tasek Permai dan Kampung Ampang Campuran. Kampung yang lain ialah Kampung Dato’ Mufti Suib Kampung Ampang Indah, Kampung Seri Taman Baru dan Kampung Tasek Tambahan. Kampung-kampung ini terletak berdekatan di antara satu sama lain.
Penempatan lain yang terdapat di sekitar Lembah Jaya ialah Taman Kosas, Kampung Melayu Ampang, Taman Rasmi Jaya, Sri Nilam, Taman Sri Watan dan lain-lain di mana kawasan ini berkongsi pekan yang sama iaitu Bandar Baru Ampang. Penduduk-penduduk Ampang agak bertuah kerana mempunyai beberapa buah pusat urus niaga berhampiran seperti pusat perbankan, pusat membeli-belah dan sebagainya bagi memudahkan urusan seharian. Jika penduduk-penduduk di situ ingin membeli barang-barang keperluan dapur, mereka mempunyai pilihan kerana terdapat beberapa buah pasaraya besar di sekitarnya di mana jaraknya beberapa ratus meter sahaja.
Penduduk-penduduk sekitar Lembah Jaya sering mengadakan aktiviti bersama bagi mengukuhkan hubungan kejiranan. Golongan belia juga turut berganding bahu merealisasikan ikatan kejiranan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan.
|