Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Lembah Jaya Ampang,
Masjid Kampung Lembah Jaya,
Kampung Lembah Jaya,
68000 Ampang,
Kuala Lumpur.

   
   

JKKK Perantara Kerajaan Dan Masyarakat

Ketua Kampung Lembah Jaya
S

ecara umumnya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan sebagai perantara untuk mengeratkan perhubungan di antara masyarakat dan kerajaan. Selain itu, JKKK juga membantu kerajaan melaksanakan program-program pembangunan terutamanya dalam membasmi kemiskinan. Di Lembah Jaya sahaja terdapat kira-kira 120 keluarga yang mendapat faedah daripada program-program yang dilakukan. Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat menyalurkan bantuan dari segi kewangan dan juga makanan. Pusat Zakat Selangor turut menyumbangkan bantuan kepada mereka. Ini sedikit sebanyak telah membantu meringankan beban keluarga miskin ini menjalani kehidupan seharian.

Pihak JKKK mengadakan aktiviti-aktiviti untuk penduduk kampung Lembah Jaya. Aktiviti-aktiviti itu seperti pembersihan dan keceriaan Lembah Jaya. Kebiasaannya setahun sekali pihak JKKK mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekitar kampung yang melibatkan hampir seluruh penduduk di Lembah Jaya.

Sejak sekian lama JKKK memainkan peranan bagi mencapai objektifnya untuk mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat serta memajukan kampung. Sehingga kini program-program yang dikendalikan oleh JKKK telah berjaya meningkatkan modal insan penduduk Lembah Jaya. Justeru, JKKK Lembah Jaya masih terus merangka pelbagai aktiviti kemasyarakatan untuk tempoh akan datang yang bersesuaian dengan dasar-dasar kerajaan.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK