MPAJ Membantu Peniaga
usat Bandar Raya Kuala Lumpur menjadi sumber rezeki bagi penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor termasuklah penduduk sekitar Lembah Jaya. Penduduk-penduduk Lembah Jaya berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta. Selain itu, terdapat juga Program Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dijalankan di Lembah Jaya. Satu deretan kedai yang dibina oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merupakan salah satu usaha bagi menaikkan taraf penduduk selain untuk menarik perhatian penduduk bergiat secara serius dalam program ini. Namun dari 50 buah kedai dibina, hanya beberapa buah kedai daripadanya yang digunakan untuk program IKS ini. Deretan kedai ini kemudiannya dijadikan bengkel-bengkel membaiki kereta. Selain itu, terdapat juga kedai runcit dan beberapa buah pejabat di situ.
 |
| Pasaraya Carrefour alternatif berbelanja buat penduduk setempat |
|
Terdapat juga penduduk kampung yang menjadi peniaga kecil dengan membuka gerai makanan, kedai runcit, kedai gunting rambut, kedai menjual kain dan lain-lain lagi. Peniaga-peniaga kecil ini mengupah beberapa orang pekerja yang juga penduduk setempat. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menambahkan pendapatan isi rumah mereka.
|