Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
 
 

Perpustakaan Desa Lembah Jaya Ampang,
Masjid Kampung Lembah Jaya,
Kampung Lembah Jaya,
68000 Ampang,
Kuala Lumpur.

Kemaskini Terakhir:-
21/7/2008

 

Saat kaki berpijak di hutan malar hijau Taman Rimba Ampang, anda pasti menghela nafas lega. Sesekali kedengaran penghuni rimba berbunyi riang menjalani kehidupan seharian. Menghirup kesegaran udara di situ meyakinkan anda bahawa Taman Rimba Ampang belum terusik oleh pencemaran udara mahupun air. Apabila kaki mencuit gigi air, kedinginannya terasa ke seluruh tubuh. Taman rekreasi ini bukan sahaja sesuai sebagai lokasi berkelah malah untuk beriadah. Terletak jauh dari kesibukan kota, anda boleh berkunjung ke Taman Rimba Ampang atau dahulunya dikenali sebagai Bukit Belacan bila-bila masa sahaja. Segala kerunsingan dan masalah yang dihadapi pastinya terungkai apabila anda berkunjung ke sini.


Kawasan Riadah Pelancongan
Lokasi yang biasa menjadi tumpuan adalah Ampang Sport Planet yang terletak dalam kawasan pusat membeli-belah Ampang Point. Beberapa gelanggang futsal yang selesa di samping kemudahan tempat meletak kereta percuma merupakan antara perkhidmatan yang disediakan. Perjalanan dari Perpustakaan Desa Lembah Jaya ke Ampang Sport Planet mengambil masa kira-kira 20 minit . Pihak pengurusan Ampang Sport Planet bertanggungjawab menyelia dan memastikan perkhidmatan serta peralatan di situ berada dalam keadaan baik. Penemuan Taman Rimba Ampang atau lebih dikenali sebagai Bukit Belacan menjadi satu titik-tolak mengapa kawasan bekas lombong bijih timah ini muncul sebagai salah satu kawasan yang agak membangun dari segi penempatannya. Taman Rimba yang dirasmikan pada 28 Ogos 1998 oleh bekas Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Dato’ Dr Haji Abu Hassan Bin Haji Omar terkenal dengan air terjunnya yang sejuk selain tempat perkelahan masih belum dicemari.
 
Penafian | Laman Web KTAK