Penganjuran Perlawanan Persahabatan
elia di sini merupakan antara golongan yang terbesar dalam kelompok masyarakat di Lembah Jaya. Hampir separuh dari golongan masyarakat di Lembah Jaya terdiri dari golongan belia-belia. Mereka aktif dalam persatuan yang dijalankan sama ada di kampung ini mahupun kampung-kampung sekitar. Persatuan belia yang ada ialah Persatuan Belia 4B, Persatuan kompang dan marhaban bagi lelaki.
 |
| Belia Marhaban rajin ke surau atau masjid |
|
Belia di Lembah Jaya Utara dan kampung-kampung sekitar kerap mengadakan perlawanan persahabatan melalui aktiviti bersukan. Pertandingan ini bertujuan membuka peluang bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama belia. Antara aktiviti sukan yang pernah dijalankan ialah pertandingan futsal, sepak takraw, badminton, ping pong dan lain-lain.
|